Thursday, January 26, 2012

~poST LimA~

Salam bahagia dan salam 1 Malaysia kepada tuanhamba semua. Post hamba pada kali ni adalah mengenai kuasa perwatakan ataupun the power of CHARACTER. Setiap manusia mempunyai perwatakan yang berbeza. Terdapat pelbagai kajian yang dilakukan bagi mengenali perwatakan seseorang. Antaranya kajian perwatakan berdasarkan tarikh dan bulan kelahiran. 

Melalui perwatakan kita boleh mengawal dan mengubah diri kita kearah yang lebih baik. Mengenali dan mengetahui perihal perwatakan diri kita, ia dapat membantu kita dalam menguasai perwatakan kita dan percaya atau tidak ia memberi kesan keatas sikap dan cara kita bertindak dalam kehidupan seharian. Setiap manusia ada perwatakan yang baik dan tidak. Tapi jika mengenali dan memahami sikap dan perwatakan kita, kita dapat mengubahnya kearah yang positif dan jadikan serta gunakan perwatakan tersebut untuk mencapai kejayaan dan kebahagiaan. Contohnya jika tuanhamba seorang yang pemalu dan pendiam, tuanhamba pasti mengatakan bahawa ianya adalah sesuatu yang tidak baik, itu tidak tepat, sebenarnya setiap manusia perlu kepada perasaan malu, Cuma bagaimana kita mengekploitasi perwatakan kita itu untuk digunakan kearah yang memberi manfaat kepada kita. 

Jika kita tidak mempunyai perasaan malu, kita akan melalukan sesuatu perkara yang tidak baik tanpa segan silu. Perwatakan boleh diekploitasi supaya ianya menjadi sesuatu sikap yang berguna untuk mencipta kejayaan dan kebahagiaan. Buatlah kajian keatas sikap dan perwatakan tuanhamba hari ini!!

Thursday, January 12, 2012

~PoSt 4~

Salam mesra kepada tuanhamba-tuanhamba semua yang sudi membaca nukilan hamba yang tak seberapa ni. Hamba doakan semoga tuanhamba semua beroleh manafaat dari post hamba yang lepas dan post yang seterusnya. Hari ini, hamba nak berkonsi mengenai the power of EMOTION, ataupun kuasa emosi dalam mencapai KEJAYAAN, KEBAHAGIAAN dan KEKAYAAN.

Setiap hari emosi kita akan berubah, mungkin semalam ada antara kita yang gembira, ceria, bahagia dan mungkin juga ada antara kita yang sedih, gelisah, risau, duka dan sebagainya..jika tuanhamba dapat menguasai setiap emosi tuanhamba yang berubah-ubah dan tidak menentu, hamba yakin tuanhamba akan dapat menjadi seorang yang Berjaya, kaya dan bahagia dunia dan akhirat.


Jadikan emosi kita sebagai pendorong untuk kita terus mara untuk mencapai setiap impian dan kehendak yang kita setkan. Jika tuanhamba sedih kerana pergi kerja dengan teksi ataupun bersesak dalam bas kerana tidak mempunyai kereta sendiri, cuba tuanhamba jadikan emosi sedih tersebut sebagai satu cabaran dan pendorong untuk tuanhamba berusaha dengan lebih gigih untuk memiliki kereta impian tuanhamba. Bayangkan tuanhamba memandu ketera idaman tuanhamba, hamba yakin dengan berbuat demikian minda sedar tuanhamba telah menerima arahan untuk mendapatkan kereta impian tuanhamba dan seterusnya minda bawah sedar mencari jalan menyelesaikannya. Sekarang marilah kita sama-sama menguasai emosi kita untuk mencapai impian dan jangan biarkan emosi menguasai diri kita kerana ia lebih memusnahkan kehidupan kita. Selamat beramal !!

Tuesday, January 10, 2012

~jom kongsi~


Motivasi Diri dari~ Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah~Ilmu itu ibarat cahaya, & cahaya takkan masuk ke hati yg gelap! Justeru, mari kita gilap & cuci hati agar mudah tarik hidayah Allah, suka belajar, mudah faham, kuat ingatan, mudah buat keputusan, sangka baik & bertindak ikut hukum Allah. Spt biasa kita cuci hati dgn jaga solat 5 waktu, solat taubat, istighfar 100X sehari, maafkan org, mohon maaf tiap hari, ingat mati, bersedekah, berdakwah setakat kemampuan, elak siksa binatang spt kurung burung dlm sangkar, beri org makan, berkawan dgn alim ulama' & org2 positif, & bayangkan hari ini mungkin hari kita terakhir... 

~post 3~

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera..

Amboi panjangnye salam pagi nie..ya, kata Dr. Azizan barulah rezeki pun penuh. So tuanhamba semua kalau nak rezeki yang penuh kenalah jawab salam hamba dengan penuh juga.
Kali ini hamba kembali untuk terus berkongsi ilmu dengan saudara hamba semua. so, hamba akan teruskan mencoret perihal prinsip – prinsip bagaimana nak jadi KAYA, BERJAYA & BAHAGIA.

Prinsip yang ke-4 ialah sebagaimana yang hamba sedang lakukan sekarang ni..iaitu the power of GIVING/RECIPROCAL/SHARING ataupun prinsip berkongsi. Senyumlah pada semua orang orang disekeliling kita. Senyum itu sedekah, dan itulah sesuatu yang hamba rasa senang untuk diberikan kepada orang lain. Mungkin kita tidak berupaya untuk untuk memberi sesuatu yang berharga, tapi maniskanlah wajah kita dengan senyuman dan semoga keceriaan dan senyuman kita boleh memberi kebahagiaan kepada orang di sekeliling kita. Hamba amat seronok sekali untuk berkongsi ilmu yang hamba dapat timba melalui seminar Dr Azizan ni. “sharing is caring” itulah yang selalu kita sebut; tapi sejauh mana kita mengamalkannya.. kongsilah apa yang tuanhamba ada. Tak semestinya harta dan kekayaan sahaja, tapi ilmu, pendapat dan impian juga boleh dikongsikan. Bahkan alam semesta ini kita berkongsi dengan makhluk- makhluk lain ciptaan yang Maha Pencipta. Itulah besarnya kuasa berkongsi..mungkin kita tidak sedar bahawa sekarang kita sedang berkongsi , tapi terimalah hakikatnya bahawa kuasa berkongsi itu amatlah besar. So, lepas ni, jangan malu dan segan untuk berkongsi sebarang ilmu atau pendapat atau apa saje dengan saudara- saudara tuanhamba.


Pernahkan tuanhamba Berjaya tanpa bantuan sesiapa?? Hamba yakin 150% bahawa jawapannya tidak. Hamba begitu yakin kerana tanpa prinsip yang ke-5 ini tuanhamba tidak akan Berjaya, Iaitu the power of TEAMWORK. Kuasa bekerjasama dan bantu-membantu amat memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan kita pada hari ini. Hamba yakin bahawa tuanhamba juga bersetuju dengan prinsip ini.. cuba tuanhamba sebutkan apakah kejayaan yang tuanhamba telah capai tanpa bantuan ataupun keterlibatan orang lain samada secara langsung atau tak langsung. Hamba yakin tentu tiada bukan. Jadi sentiasalah berterima kasih dengan orang di sekeliling kita. Ini hamba amati melalui pengalaman kehidupan hamba sehari- hari. Baru- baru ini hamba mendapat panggilan temuduga untuk jawatan pegawai. Tapi surat panggilan temuduga telah sampai lewat iaitu pada hari temuduga tersebut. Disini keterlibatan adik hamba yang bagitau hamba perihal surat tersebut. So, hamba tanpa membuang masa terus call jabatan tersebut dan bagitau perihal surat tersebut yang sampai lewat. Dengam bantuan dan kerjasama dari jabatan tersebut hamba dapat menghadiri temuduga tersebut pada hari yang lain. Temuduga tersebut diadakan di Terengganu, dan hamba tinggal di Kelantan. Bantuan dari abang hamba yang sudi cuti kerja semata-mata nak hantar hambar pergi interview tak dapat hamba lupakan. Selain itu ramai lagi orang yang banyak memberi kerjasama kepada hamba yang kalau hamba nak ceritakan semua, rasanya sampai esok pon x abis..anyway, Kerjasama dari mereka semua yang menentukan kejayaan hamba  pada hari ini. Terima kasih semua atas kerjasama yang diberikan.. jasamu dikenang. Jadi, cuba tuanhamba semua fikir-fikirkan setiap kejayaan yang tuanhamba capai, siapakah yang terlibat dan cuba bayangkan tanpa mereka dapatkah tuanhamba mencapai kejayaan tersebut.


Hamba rasa sekadar ini saje coretan hamba untuk post kali ni..harap maaf jika ada tersalah bahasa atau terasa. Hamba sekadar berkongsi ceritera sahaja. Harap menjadi panduan dan peringatan serta memberi manfaat kepada semua.. Jumpa lagi dilain ketika!!

Sunday, January 8, 2012

<<<WANITA>>>



Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan.

Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa dibandingkan dgn kemuliaan akhlak dan perilakunya.

Mata yg plg indah tetapi jg harus diwaspadai adalah mata kaum wanita


~post 2~

::.Assalamualaikum.::
Selamat pagi kepada semua!! Hari ini hamba kembali untuk tunaikan janji hamba kepada tuanhamba semua. Hamba berharap post ini memberi manfaat dan jalan kepada tuanhamba semua bagaimana nak jadi KAYA, BERJAYA dan BAHAGIA.
Semalam hamba dah kongsikan the power of gratitude ataupun bersyukur .
Prinsip bagaimana nak jadi KAYA, BERJAYA & BAHAGIA yang kedua ialah the power of FOCUS/ MIND. Percaya atau tidak, minda kita mempunyai kuasa yang amat kuat untuk menentukan kejayaan kita samada kita sedar atau tidak Jika, tuanhamba fokuskan dengan apa yang tuanhamba inginkan maka minda akan menerima arahan bahawa tuanhamba memberi arahan untuk mencapai keinginan tersebut dan tuanhamba betul-betul menginginkannya. Jadi amat penting disini mempunyai fikiran yang positif. Fokuskan perkara-perkara yang positif sahaja. Sebut perkataan-perkataan yang positif sahaja. Elakkan menggunakan perkataan “tidak, jangan, tapi” dan lain-lain perkataan negatif. Jika tuanhamba seorang yang pemarah dan ingin berubah., tuanhamba boleh tuliskan “saya seorang yang pemaaf/saya mesti jadi seorang yang pemaaf/saya pasti saya seorang yang pemaaf” dengan berfikir sedemikian maka tuanhamba telah memberi arahan kepada minda untuk menjadi seorang yang pemaaf kerana sewaktu melafazkan ataupun menuliskan perkataan tersebut tuanhamba mengambarkan tuanhamba sebagai seorang yang pemaaf.. Sebaliknya jika tuanhamba menggunakan perkatan jangan atau tidak, contohnya “saya bukan seorang yang pemarah, saya tidak bersikap pemarah” maka minda akan tersalah menerima arahan kerana minda kita tidak menerima perkataan -perkataan negative. Selain itu, sewaktu melafazkan perkataan tersebut, tuanhamba sedang memikirkan tuanhamba seorang yang pemarah.
The power of DREAM ataupun impian ialah prinsip yang ke tiga untuk menjadi KAYA, BERJAYA dan BAHAGIA. Hamba ada membaca buku membina imaginasi cemerlang karya HM Tuah Iskandar, bahawa minda kita terbahagi kepada 2 bahagian iaitu minda sedar dan minda luar sedar atau dalam bahasa saitifiknya conscious and unconscious mind. Minda sedar dan minda luar sedar berhubung antara satu sama lain. Jadi kalau tuanhamba inginkan sesuatu cuba tuanhamba semua khayalkan ataupun bayangkan impian dan cita-cita tuanhamba.jika tuanhamba menginginkan sebuah rumah yang mewah, cuba tuanhamba bayangkan sebuah rumah mewah dengan kolam renang dan perabot-perabot yang mewah. Tak salah berkhayal tapi jangan lah keterlaluan. Selepas tuanhamba khayalkan impian tersebut tuanhamba tuliskan dan tampal gambar - gambar rumah yang tuanhamba impikan tue. Dengan berbuat begitu minda sedar akan memberi arahan kepada minda luar sedar untuk mencari jalan bagi mencapai target ataupun impian tuanhamba. Itulah kuasa minda kita yang dikurniakan oleh Allah. So, sebagai hamba Allah kita kena menggunakan nikmat akal yang diberikan dengan sebaik mungkin sebagai salah satu cara kita bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan. Jika tuanhamba ingin mengetahui dengan lebih lanjut lagi mengenai kuasa minda tuanhamba bolehlah membaca buku HM Tuah>>Membina imaginasi cemerlang.<<.

Saturday, January 7, 2012

~ShArINg iS CariNg~

~Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh~



Semalam hamba telah menghadiri satu seminar motivasi yang diadakan di hotel Grand River view. Seminar Kuasai Potensi Diri Transformasi Hidup 2012 oleh seorang mentor  terkenal  tanahair iaitu Dr Azizan Osman. Banyak yang telah dikongsikan oleh Dr. Azizan, antaranya bagaimana nak jadi KAYA dan BERJAYA. Tapi hamba saje je nak tambah disini bagaimana nak jadi KAYA,BERJAYA dan BAHAGIA dunia akhirat.
Semalan Dr. bagi 9 prinsip untuk KAYA dan BERJAYA..dan Dr. tambah lagi 1 prinsip sebab peserta-peserta yang bersemangat dan sporting.
Salah satu prinsip tu ialah the power of GIVING or RECIPROCAL ataupun SHARING. Jadi kat sini hamba nak kuasai prinsip of SHARING ni dengan post kat blog hamba yang dah lama tak dijenguk ni. Gementar jugak nak buka blog hamba ni, mana tau kot-kot dah tak boleh nak masuk; mana tak nye, dah berapa dekad tak melawat blog MOTIVATE YOURSELF ni.
Tanpa membuang masa lagi, memandangkan masa begitu berharga hamba akan teruskan menulis pasal prinsip-prinsip nak jadi kaya & Berjaya.
Prinsip pertama ialah the power of GRATITUDE ataupun prinsip BERSYUKUR.
Sebagai seorang manusia dan hamba Allah, kita kenalah sentisa bersyukur dengan apa yang kita ada dan apa yang diberikan kepada kita disamping kita berusaha untulk mncapai yang lebih baik. Sentiasa bersyukur dan redha dapat menambah lagi rezeki kita sebab lebih banyak kita bersyukur lebih banyak nikmat dan rezeki yang akan kita dapat. Jadi sebagai tanda bersyukur, kita kenalah sentiasa berterima kasih dengan orang di sekeliling kita.Kat sini hamba inign mengucapkan terima kasih kepada bos hamba yang sponsor yuran hamba dan kawan hamba ke seminar motivasi Dr.Azizan. Bukan setakat orang je, pada binatang & pokok-pokok pun kita kena berterima kasih jugak . kenapa??? Fikir-fikir la sendiri yer. Jadi kalau kita menghadapi sesuatu kesukaran ataupun kesusahan, janga mengeluh tapi sebaliknya bersyukur dengan apa yang terjadi. Fikir positif bahawa setiap yang berlaku ada hikmahnya. Dengan cara ini kita akan menjadi orang yang sentiasa bersyukur dan hati kita juga jadi lebih tenang. Tak percaya tuanhamba cubalah prinsip ini. Sentiasalah berfikiran POSITIF. TUKAR YANG NEGATIF JADI POSITIF.

Hamba rasa setakat ini dulu post hamba mengenai prinsip- prinsip nak jadi KAYA, BERJAYA&BAHAGIA.
lain masa hamba akan postkan lagi 9 prinsip yang diberikan dalam program Dr Azizan tu ya. hamba berharap dengan post hamba pada hari ini dapat memberi manfaat kepada semua yang sudi melawat dan membaca coretan hamba ini. jumpa lagi!!