Saturday, February 11, 2012

~POst 7~ the power of contribution

Assalamualaikum, selamat tengahari dan salam sejahtera semua. Pada tengahari yang indah kat tempat hamba ni, ingin sekali rasanya berkongsi sedikit motivasi  bersama tuanhamba. Post yang lepas hamba beritahu pasal kuasa bertindak, tapi pagi ni hamba ingin bincang mengenai kuasa memberi atau “the power of contribution”.  Apa yang telah kita beri hari ini ya?? Mmm… senyuman yang ikhlas kepada orang disekeliling kita?. Doa untuk saudara-saudara kita?? Ya itulah pemberian yang  terbaik wahai tuanhamba. Berikan dengan ikhlas pastinya.. pernahkah ada makcik atau pakcik yang datang untuk meminta sedikit bantuan dari kita, tapi kita tidak dapat membantu kerana poket kita juga kosong..tapi jangan hampa tuanhamba, jika tidak menghulurkan bantuan berbentuk kewangan..tapi berilah bantuan dalam bentuk tenaga jika diperlukan dan berilah doa untuk mereka. Jika saudara-saudara dan kawan-kawan kita menghadapi masalah, berilah sokongan dan jadilah kawan yang positif untuk mereka..itulah pemberian yang terbaik..jadilah seorang yang memberi tanpa meminta atau mengharap sebarang pembalasan.. kuasa memberi dapat menbantu kita mencapai kejayaan, kekayaan dan kebahagian kerana ianya mengeratkan silaturrahim antara kita dan memperluaSkan lagi networking yang sedia ada. Kita  memerlukan teamwork untuk mencapai<< KEJAYAAN, KEKAYAAN & KEBAHAGIAAN>> seperti yang telah hamba tuliskan kat post yang lepas. Sekian dulu coretan hamba hari ni! Jumpa lagi di lain masa dan ketika..Assalamualaikum<>

No comments: