Tuesday, February 7, 2012

~PoSt 6~


Assalamualaikum dan salam bahagia kepada semua. Post kali ini hamba nak bercerita mengenai kuasa bertindak. Tuanhamba nak jadi KAYA, BERJAYA & BAHAGIA? , tentu sekali jawapannya YA!. Sudah pasti kita telah membuat segala perancangan untuk mendapatkannya bukan. Tapi, sudahkah tuanhamba mengambil tindakan atau melakukan Sesuatu untuk mencapai apa yang dirancangkan. Rancang sahaja tidak cukup tuanhamba, kita kena melaksanakannya barulah tercapai apa yang dicita. 

Hamba yakin ramai antara kita yang memperbaharui niat, azam target dan cita-cita pada tahun baru. Tapi sejauh mana tercapainya segala penghijrahan kita bergantung sejauh mana kita melaksanakannya. Untuk mencapai sesuatu dengan cepat, kita kenalah cepat bertindak. Kata Dr.Azizan “Fast Action, Fast Result”. Inilah kuasa bertindak.. lagi cepat kita melakukan sesuatu, lagi cepat hasil yang kita dapat. Jangan amalkan sikap bertangguh. Jika kita inginkan pekerjaan yang bagus, cepat cari peluang untuk dapatkannya.. jika kita mahukan sebuah kereta, lakukan survey, simpan duit dari sekarang, jangan tunggu tengah tahun ni ataupun akhir tahun ni baru nak menyimpan untuk dapatkan kereta tersebut, tapi simpan dari sekarang..mugkin tengah tahun atau akhir tahun ni dah dapat kereta yang di impikan. Kalau kita baru nak terhegeh-hegeh menyimpan duit pada akhir tahun ni..maka jawabnya tahun depanlah baru kita mampu memilikinya. Jadi tuanhamba semua, marilah kita sama-sama bertindak dan melakukan sesuatu untuk mencapai azam, target dan cita-cita. Setakat ini dahulu, Zai  jian!!

No comments: