Assalamualaikum, selamat tengahari dan salam sejahtera semua. Pada tengahari yang indah kat tempat hamba ni, ingin sekali rasanya berkongsi sedikit motivasi bersama tuanhamba. Post yang lepas hamba beritahu pasal kuasa bertindak, tapi pagi ni hamba ingin bincang mengenai kuasa memberi atau “the power of contribution”. Apa yang telah kita beri hari ini ya?? Mmm… senyuman yang ikhlas kepada orang disekeliling kita?. Doa untuk saudara-saudara kita?? Ya itulah pemberian yang terbaik wahai tuanhamba. Berikan dengan ikhlas pastinya.. pernahkah ada makcik atau pakcik yang datang untuk meminta sedikit bantuan dari kita, tapi kita tidak dapat membantu kerana poket kita juga kosong..tapi jangan hampa tuanhamba, jika tidak menghulurkan bantuan berbentuk kewangan..tapi berilah bantuan dalam bentuk tenaga jika diperlukan dan berilah doa untuk mereka. Jika saudara-saudara dan kawan-kawan kita menghadapi masalah, berilah sokongan dan jadilah kawan yang positif untuk mereka..itulah pemberian yang terbaik..jadilah seorang yang memberi tanpa meminta atau mengharap sebarang pembalasan.. kuasa memberi dapat menbantu kita mencapai kejayaan, kekayaan dan kebahagian kerana ianya mengeratkan silaturrahim antara kita dan memperluaSkan lagi networking yang sedia ada. Kita memerlukan teamwork untuk mencapai<< KEJAYAAN, KEKAYAAN & KEBAHAGIAAN>> seperti yang telah hamba tuliskan kat post yang lepas. Sekian dulu coretan hamba hari ni! Jumpa lagi di lain masa dan ketika..Assalamualaikum<>
motivateyourself
MOTIVASI merupakan perkara penting dalam kehidupan kita seharian.. tanpa motivasi kita tak akan BANGKIT bila TERJATUH.. MOTIVASI diri anda setiap hari, pastikan masih ada hari esok yang menanti..tinggalkan semalam sebagai satu kenangan dan juga jadikan ia sebagai panduan untuk hari ini dan masa depan... MOTIVASI umpama suntikan semangat ke arah kecemerlangan.
Saturday, February 11, 2012
Tuesday, February 7, 2012
~PoSt 6~
Assalamualaikum dan salam bahagia kepada semua. Post kali ini hamba nak bercerita mengenai kuasa bertindak. Tuanhamba nak jadi KAYA, BERJAYA & BAHAGIA? , tentu sekali jawapannya YA!. Sudah pasti kita telah membuat segala perancangan untuk mendapatkannya bukan. Tapi, sudahkah tuanhamba mengambil tindakan atau melakukan Sesuatu untuk mencapai apa yang dirancangkan. Rancang sahaja tidak cukup tuanhamba, kita kena melaksanakannya barulah tercapai apa yang dicita.
Hamba yakin ramai antara kita yang memperbaharui niat, azam target dan cita-cita pada tahun baru. Tapi sejauh mana tercapainya segala penghijrahan kita bergantung sejauh mana kita melaksanakannya. Untuk mencapai sesuatu dengan cepat, kita kenalah cepat bertindak. Kata Dr.Azizan “Fast Action, Fast Result”. Inilah kuasa bertindak.. lagi cepat kita melakukan sesuatu, lagi cepat hasil yang kita dapat. Jangan amalkan sikap bertangguh. Jika kita inginkan pekerjaan yang bagus, cepat cari peluang untuk dapatkannya.. jika kita mahukan sebuah kereta, lakukan survey, simpan duit dari sekarang, jangan tunggu tengah tahun ni ataupun akhir tahun ni baru nak menyimpan untuk dapatkan kereta tersebut, tapi simpan dari sekarang..mugkin tengah tahun atau akhir tahun ni dah dapat kereta yang di impikan. Kalau kita baru nak terhegeh-hegeh menyimpan duit pada akhir tahun ni..maka jawabnya tahun depanlah baru kita mampu memilikinya. Jadi tuanhamba semua, marilah kita sama-sama bertindak dan melakukan sesuatu untuk mencapai azam, target dan cita-cita. Setakat ini dahulu, Zai jian!!
Sunday, February 5, 2012
~seMPeNA MAuliDuR RasuL~
Kisah Kehidupan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم dan Para Sahabat رضي الله عنهم
Dan orang-orang yang terdahulu; yang mula-mula dari orang-orang “Muhajirin” dan “Ansar” (berhijrah dan memberi bantuan), dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda kepada mereka dan mereka pula reda kepada Nya, serta Dia menyediakan untuk mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar. (Surah At-Taubah, Ayat 100)
- Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Tidaklah kalian masuk surga hingga kalian beriman. Dan tidaklah kalian beriman hingga saling menyayangi antara satu sama lain. Mahukah kalian aku tunjukkan suatu amalan yang jika kalian kerjakan niscaya kalian akan saling menyayangi antara satu sama lain? Sebarkanlah salam sebanyak-banyaknya diantara kalian" - (Muslim)
Sifat-Sifat Nabi Muhammad SAW
Fizikal Nabi
Telah dikeluarkan oleh Ya'kub bin Sufyan Al-Faswi dari Al-Hasan bin Ali ra. katanya: Pernah aku menanyai pamanku (dari sebelah ibu) Hind bin Abu Halah, dan aku tahu baginda memang sangat pandai mensifatkan perilaku Rasulullah SAW, padahal aku ingin sekali untuk disifatkan kepadaku sesuatu dari sifat beliau yang dapat aku mencontohinya, maka dia berkata:
Adalah Rasulullah SAW itu seorang yang agung yang senantiasa diagungkan, wajahnya berseri-seri layak bulan di malam purnamanya, tingginya cukup tidak terialu ketara, juga tidak terlalu pendek, dadanya bidang, rambutnya selalu rapi antara lurus dan bergelombang, dan memanjang hingga ke tepi telinganya, lebat, warnanya hitam, dahinya luas, alisnya lentik halus terpisah di antara keduanya, yang bila baginda marah kelihatannya seperti bercantum, hidungnya mancung, kelihatan memancar cahaya ke atasnya, janggutnya lebat, kedua belah matanya hitam, kedua pipinya lembut dan halus, mulutnya tebal, giginya putih bersih dan jarang-jarang, di dadanya tumbuh bulu-bulu yang halus, tengkuknya memanjang, berbentuk sederhana, berbadan besar lagi tegap, rata antara perutnya dan dadanya, luas dadanya, lebar antara kedua bahunya, tulang belakangnya besar, kulitnya bersih, antara dadanya dan pusatnya dipenuhi oleh bulu-bulu yang halus, pada kedua teteknya dan perutnya bersih dari bulu, sedang pada kedua lengannya dan bahunya dan di atas dadanya berbulu pula, lengannya panjang, telapak tangannya lebar, halus tulangnya, jari telapak kedua tangan dan kakinya tebal berisi daging, panjang ujung jarinya, rongga telapak kakinya tidak menyentuh tanah apabila baginda berjalan, dan telapak kakinya lembut serta licin tidak ada lipatan, tinggi seolah-olah air sedang memancar daripadanya, bila diangkat kakinya diangkatnya dengan lembut (tidak seperti jalannya orang menyombongkan diri), melangkah satu-satu dan perlahan-lahan, langkahnya panjang-panjang seperti orang yang melangkah atas jurang, bila menoleh dengan semua badannya, pandangannya sering ke bumi, kelihatan baginda lebih banyak melihat ke arah bumi daripada melihat ke atas langit, jarang baginda memerhatikan sesuatu dengan terlalu lama, selalu berjalan beriringan dengan sahabat-sahabatnya, selalu memulakan salam kepada siapa yang ditemuinya.
Kebiasaan Nabi
Kataku pula: Sifatkanlah kepadaku mengenai kebiasaannya!Jawab pamanku: Adalah Rasulullah SAW itu kelihatannya seperti orang yang selalu bersedih, senantiasa banyak berfikir, tidak pernah beristirshat panjang, tidak berbicara bila tidak ada keperluan, banyak diamnya, memulakan bicara dan menghabiskannya dengan sepenuh mulutnva, kata-katanya penuh mutiara mauti manikam, satu-satu kalimatnya, tidak berlebih-lebihan atau berkurang-kurangan, lemah lembut tidak terlalu kasar atau menghina diri, senantiasa membesarkan nikmat walaupun kecil, tidak pernah mencela nikmat apa pun atau terlalu memujinya, tiada seorang dapat meredakan marahnya, apabila sesuatu dari kebenaran dihinakan sehingga dia dapat membelanya.
Dalam riwayat lain, dikatakan bahwa baginda menjadi marah kerana sesuatu urusan dunia atau apa-apa yang bertalian dengannya, tetapi apabila baginda melihat kebenaran itu dihinakan, tiada seorang yang dapat melebihi marahnya, sehingga baginda dapat membela kerananya. Baginda tidak pernah marah untuk dirinya, atau membela sesuatu untuk kepentingan dirinya, bila mengisyarat diisyaratkan dengan semua telapak tangannya, dan bila baginda merasa takjub dibalikkan telapak tangannya, dan bila berbicara dikumpulkan tangannya dengan menumpukan telapak tangannya yang kanan pada ibu jari tangan kirinya, dan bila baginda marah baginda terus berpaling dari arah yang menyebabkan ia marah, dan bila baginda gembira dipejamkan matanya, kebanyakan ketawanya ialah dengan tersenyum, dan bila baginda ketawa, baginda ketawa seperti embun yang dingin.
Berkata Al-Hasan lagi: Semua sifat-sifat ini aku simpan dalam diriku lama juga. Kemudian aku berbicara mengenainya kepada Al-Husain bin Ali, dan aku dapati ianya sudah terlebih dahulu menanyakan pamanku tentang apa yang aku tanyakan itu. Dan dia juga telah menanyakan ayahku (Ali bin Abu Thalib ra.) tentang cara keluar baginda dan masuk baginda, tentang cara duduknya, malah tentang segala sesuatu mengenai Rasulullah SAW itu.
Rumah Nabi
Berkata Al-Hasan ra. lagi: Aku juga pernah menanyakan ayahku tentang masuknya Rasulullah SAW lalu dia menjawab: Masuknya ke dalam rumahnya bila sudah diizinkan khusus baginya, dan apabila baginda berada di dalam rumahnya dibagikan masanya tiga bagian. Satu bagian khusus untuk Allah ta'ala, satu bagian untuk isteri-isterinya, dan satu bagian lagi untuk dirinya sendiri. Kemudian dijadikan bagian untuk dirinya itu terpenuh dengan urusan di antaranya dengan manusia, dihabiskan waktunya itu untuk melayani semua orang yang awam maupun yang khusus, tiada seorang pun dibedakan dari yang lain.
Di antara tabiatnya ketika melayani ummat, baginda selalu memberikan perhatiannya kepada orang-orang yang terutama untuk dididiknya, dilayani mereka menurut kelebihan diri masing-masing dalam agama. Ada yang keperluannya satu ada yang dua, dan ada yang lebih dari itu, maka baginda akan duduk dengan mereka dan melayani semua urusan mereka yang berkaitan dengan diri mereka sendiri dan kepentingan ummat secara umum, coba menunjuki mereka apa yang perlu dan memberitahu mereka apa yang patut dilakukan untuk kepentingan semua orang dengan mengingatkan pula: "Hendaklah siapa yang hadir menyampaikan kepada siapa yang tidak hadir. Jangan lupa menyampaikan kepadaku keperluan orang yang tidak dapat menyampaikannya sendiri, sebab sesiapa yang menyampaikan keperluan orang yang tidak dapat menyampaikan keperluannya sendiri kepada seorang penguasa, niscaya Allah SWT akan menetapkan kedua tumitnya di hari kiamat", tiada disebutkan di situ hanya hal-hal yang seumpama itu saja.
Baginda tidak menerima dari bicara yang lain kecuali sesuatu untuk maslahat ummatnya. Mereka datang kepadanya sebagai orang-orang yang berziarah, namun mereka tiada meninggalkan tempat melainkan dengan berisi. Dalam riwayat lain mereka tiada berpisah melainkan sesudah mengumpul banyak faedah, dan mereka keluar dari majelisnya sebagai orang yang ahli dalam hal-ihwal agamanya.
Luaran Nabi
Berkata Al-Hasan r.a. lagi: Kemudian saya bertanya tentang keadaannya di luar, dan apa yang dibuatnya? Jawabnya: Adalah Rasulullah SAW ketika di luar, senantiasa mengunci lidahnya, kecuali jika memang ada kepentingan untuk ummatnya. Baginda selalu beramah-tamah kepada mereka, dan tidak kasar dalam bicaranya. Baginda senantiasa memuliakan ketua setiap suku dan kaum dan meletakkan masing-masing di tempatnya yang layak. Kadang-kadang baginda mengingatkan orang ramai, tetapi baginda senantiasa menjaga hati mereka agar tidak dinampakkan pada mereka selain mukanya yang manis dan akhlaknya yang mulia. Baginda selalu menanyakan sahabat-sahabatnya bila mereka tidak datang, dan selalu bertanyakan berita orang ramai dan apa yang ditanggunginya. Mana yang baik dipuji dan dianjurkan, dan mana yang buruk dicela dan dicegahkan.
Baginda senantiasa bersikap pertengahan dalam segala perkara, tidak banyak membantah, tidak pernah lalai supaya mereka juga tidak suka lalai atau menyeleweng, semua perkaranya baik dan terjaga, tidak pernah meremehkan atau menyeleweng dari kebenaran, orang-orang yang senantiasa mendampinginya ialah orang-orang paling baik kelakuannya, yang dipandang utama di sampingnya, yang paling banyak dapat memberi nasihat, yang paling tinggi kedudukannya, yang paling bersedia untuk berkorban dan membantu dalam apa keadaan sekalipun.
Majlis Nabi
Berkata Al-Hasan ra. lagi: Saya lalu bertanya pula tentang majelis Nabi SAW dan bagaimana caranya ? Jawabnya: Bahwa Rasulullah SAW tidak duduk dalam sesuatu majelis, atau bangun daripadanya, melainkan baginda berzikir kepada Allah SWT baginda tidak pernah memilih tempat yang tertentu, dan melarang orang meminta ditempatkan di suatu tempat yang tertentu. Apabila baginda sampai kepada sesuatu tempat, di situlah baginda duduk sehingga selesai majelis itu dan baginda menyuruh membuat seperti itu. Bila berhadapan dengan orang ramai diberikan pandangannya kepada semua orang dengan sama rata, sehingga orang-orang yang berada di majelisnya itu merasa tiada seorang pun yang diberikan penghormatan lebih darinya. Bila ada orang yang datang kepadanya kerana sesuatu keperluan, atau sesuatu masliahat, baginda terus melayaninya dengan penuh kesabaran hinggalah orang itu bangun dan kembali.
Baginda tidak pernah menghampakan orang yang meminta daripadanya sesuatu keperluan, jika ada diberikan kepadanya, dan jika tidak ada dijawabnya dengan kata-kata yang tidak mengecewakan hatinya. Budipekertinya sangat baik, dan perilakunya sungguh bijak. Baginda dianggap semua orang seperti ayah, dan mereka dipandang di sisinya semuanya sama dalam hal kebenaran, tidak berat sebelah. Majelisnya semuanya ramah-tamah, segan-silu, sabar menunggu, amanah, tidak pemah terdengar suara yang tinggi, tidak dibuat padanya segala yang dilarangi, tidak disebut yang jijik dan buruk, semua orang sama kecuali dengan kelebihan taqwa, semuanya merendah diri, yang tua dihormati yang muda, dan yang muda dirahmati yang tua, yang perlu selalu diutamakan, yang asing selalu didahulukan.
Berkata Al-Hasan ra. lagi: Saya pun lalu menanyakan tentang kelakuan Rasulullah SAW pada orang-orang yang selalu duduk-duduk bersama-sama dengannya? Jawabnya: Adalah Rasulullah SAW selalu periang orangnya, pekertinya mudah dilayan, seialu berlemah-lembut, tidak keras atau bengis, tidak kasar atau suka berteriak-teriak, kata-katanya tidak kotor, tidak banyak bergurau atau beromong kosong segera melupakan apa yang tiada disukainya, tidak pernah mengecewakan orang yang berharap kepadanya, tidak suka menjadikan orang berputus asa. Sangat jelas dalam perilakunya tiga perkara yang berikut. Baginda tidak suka mencela orang dan memburukkannya. Baginda tidak suka mencari-cari keaiban orang dan tidak berbicara mengenai seseorang kecuali yang mendatangkan faedah dan menghasilkan pahala.
Apabila baginda berbicara, semua orang yang berada dalam majelisnya memperhatikannya dengan tekun seolah-olah burung sedang tertengger di atas kepala mereka. Bila baginda berhenti berbicara, mereka baru mula berbicara, dan bila dia berbicara pula, semua mereka berdiam seribu basa. Mereka tidak pernah bertengkar di hadapannya. Baginda tertawa bila dilihatnya mereka tertawa, dan baginda merasa takjub bila mereka merasa takjub. Baginda selalu bersabar bila didatangi orang badwi yang seringkali bersifat kasar dan suka mendesak ketika meminta sesuatu daripadanya tanpa mahu mengalah atau menunggu, sehingga terkadang para sahabatnya merasa jengkel dan kurang senang, tetapi baginda tetap menyabarkan mereka dengan berkata: "Jika kamu dapati seseorang yang perlu datang, hendaklah kamu menolongnya dan jangan menghardiknya!". Baginda juga tidak mengharapkan pujian daripada siapa yang ditolongnya, dan kalau mereka mau memujinya pun, baginda tidak menggalakkan untuk berbuat begitu. Baginda tidak pernah memotong bicara sesiapa pun sehingga orang itu habis berbicara, lalu barulah baginda berbicara, atau baginda menjauh dari tempat itu.
Diamnya Nabi
Berkata Al-Hasan r.a. lagi: Saya pun menanyakan pula tentang diamnya, bagaimana pula keadaannya? Jawabnya: Diam Rasulullah SAW bergantung kepada mempertimbangkan empat hal, yaitu: Kerana adab sopan santun, kerana berhati-hati, kerana mempertimbangkan sesuatu di antara manusia, dan kerana bertafakkur. Adapun sebab pertimbangannya ialah kerana persamaannya dalam pandangan dan pendengaran di antara manusia. Adapun tentang tafakkurnya ialah pada apa yang kekal dan yang binasa. Dan terkumpul pula dalam peribadinya sifat-sifat kesantunan dan kesabaran. Tidak ada sesuatu yang boleh menyebabkan dia menjadi marah, ataupun menjadikannya membenci. Dan terkumpul dalam peribadinya sifat berhati-hati dalam empat perkara, iaitu: Suka membuat yang baik-baik dan melaksanakannya untuk kepentingan ummat dalam hal-ehwal mereka yang berkaitan dengan dunia mahupun akhirat, agar dapat dicontohi oleh yang lain. Baginda meninggalkan yang buruk, agar dijauhi dan tidak dibuat oleh yang lain. Bersungguh-sungguh mencari jalan yang baik untuk maslahat ummatnya, dan melakukan apa yang dapat mendatangkan manfaat buat ummatnya, baik buat dunia ataupun buat akhirat.

(Nukilan Thabarani - Majma'uz-Zawa'id 8:275)
credit: http://azharjaafar.blogspot.com/
Thursday, January 26, 2012
~poST LimA~
Salam bahagia dan salam 1 Malaysia kepada tuanhamba semua. Post hamba pada kali ni adalah mengenai kuasa perwatakan ataupun the power of CHARACTER. Setiap manusia mempunyai perwatakan yang berbeza. Terdapat pelbagai kajian yang dilakukan bagi mengenali perwatakan seseorang. Antaranya kajian perwatakan berdasarkan tarikh dan bulan kelahiran.
Melalui perwatakan kita boleh mengawal dan mengubah diri kita kearah yang lebih baik. Mengenali dan mengetahui perihal perwatakan diri kita, ia dapat membantu kita dalam menguasai perwatakan kita dan percaya atau tidak ia memberi kesan keatas sikap dan cara kita bertindak dalam kehidupan seharian. Setiap manusia ada perwatakan yang baik dan tidak. Tapi jika mengenali dan memahami sikap dan perwatakan kita, kita dapat mengubahnya kearah yang positif dan jadikan serta gunakan perwatakan tersebut untuk mencapai kejayaan dan kebahagiaan. Contohnya jika tuanhamba seorang yang pemalu dan pendiam, tuanhamba pasti mengatakan bahawa ianya adalah sesuatu yang tidak baik, itu tidak tepat, sebenarnya setiap manusia perlu kepada perasaan malu, Cuma bagaimana kita mengekploitasi perwatakan kita itu untuk digunakan kearah yang memberi manfaat kepada kita.
Jika kita tidak mempunyai perasaan malu, kita akan melalukan sesuatu perkara yang tidak baik tanpa segan silu. Perwatakan boleh diekploitasi supaya ianya menjadi sesuatu sikap yang berguna untuk mencipta kejayaan dan kebahagiaan. Buatlah kajian keatas sikap dan perwatakan tuanhamba hari ini!!
Thursday, January 12, 2012
~PoSt 4~
Salam mesra kepada tuanhamba-tuanhamba semua yang sudi membaca nukilan hamba yang tak seberapa ni. Hamba doakan semoga tuanhamba semua beroleh manafaat dari post hamba yang lepas dan post yang seterusnya. Hari ini, hamba nak berkonsi mengenai the power of EMOTION, ataupun kuasa emosi dalam mencapai KEJAYAAN, KEBAHAGIAAN dan KEKAYAAN.
Setiap hari emosi kita akan berubah, mungkin semalam ada antara kita yang gembira, ceria, bahagia dan mungkin juga ada antara kita yang sedih, gelisah, risau, duka dan sebagainya..jika tuanhamba dapat menguasai setiap emosi tuanhamba yang berubah-ubah dan tidak menentu, hamba yakin tuanhamba akan dapat menjadi seorang yang Berjaya, kaya dan bahagia dunia dan akhirat.
Jadikan emosi kita sebagai pendorong untuk kita terus mara untuk mencapai setiap impian dan kehendak yang kita setkan. Jika tuanhamba sedih kerana pergi kerja dengan teksi ataupun bersesak dalam bas kerana tidak mempunyai kereta sendiri, cuba tuanhamba jadikan emosi sedih tersebut sebagai satu cabaran dan pendorong untuk tuanhamba berusaha dengan lebih gigih untuk memiliki kereta impian tuanhamba. Bayangkan tuanhamba memandu ketera idaman tuanhamba, hamba yakin dengan berbuat demikian minda sedar tuanhamba telah menerima arahan untuk mendapatkan kereta impian tuanhamba dan seterusnya minda bawah sedar mencari jalan menyelesaikannya. Sekarang marilah kita sama-sama menguasai emosi kita untuk mencapai impian dan jangan biarkan emosi menguasai diri kita kerana ia lebih memusnahkan kehidupan kita. Selamat beramal !!
Tuesday, January 10, 2012
~jom kongsi~
Motivasi Diri dari~ Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah~Ilmu itu ibarat cahaya, & cahaya takkan masuk ke hati yg gelap! Justeru, mari kita gilap & cuci hati agar mudah tarik hidayah Allah, suka belajar, mudah faham, kuat ingatan, mudah buat keputusan, sangka baik & bertindak ikut hukum Allah. Spt biasa kita cuci hati dgn jaga solat 5 waktu, solat taubat, istighfar 100X sehari, maafkan org, mohon maaf tiap hari, ingat mati, bersedekah, berdakwah setakat kemampuan, elak siksa binatang spt kurung burung dlm sangkar, beri org makan, berkawan dgn alim ulama' & org2 positif, & bayangkan hari ini mungkin hari kita terakhir...
~post 3~
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera..
Amboi panjangnye salam pagi nie..ya, kata Dr. Azizan barulah rezeki pun penuh. So tuanhamba semua kalau nak rezeki yang penuh kenalah jawab salam hamba dengan penuh juga.
Kali ini hamba kembali untuk terus berkongsi ilmu dengan saudara hamba semua. so, hamba akan teruskan mencoret perihal prinsip – prinsip bagaimana nak jadi KAYA, BERJAYA & BAHAGIA.
Prinsip yang ke-4 ialah sebagaimana yang hamba sedang lakukan sekarang ni..iaitu the power of GIVING/RECIPROCAL/SHARING ataupun prinsip berkongsi. Senyumlah pada semua orang orang disekeliling kita. Senyum itu sedekah, dan itulah sesuatu yang hamba rasa senang untuk diberikan kepada orang lain. Mungkin kita tidak berupaya untuk untuk memberi sesuatu yang berharga, tapi maniskanlah wajah kita dengan senyuman dan semoga keceriaan dan senyuman kita boleh memberi kebahagiaan kepada orang di sekeliling kita. Hamba amat seronok sekali untuk berkongsi ilmu yang hamba dapat timba melalui seminar Dr Azizan ni. “sharing is caring” itulah yang selalu kita sebut; tapi sejauh mana kita mengamalkannya.. kongsilah apa yang tuanhamba ada. Tak semestinya harta dan kekayaan sahaja, tapi ilmu, pendapat dan impian juga boleh dikongsikan. Bahkan alam semesta ini kita berkongsi dengan makhluk- makhluk lain ciptaan yang Maha Pencipta. Itulah besarnya kuasa berkongsi..mungkin kita tidak sedar bahawa sekarang kita sedang berkongsi , tapi terimalah hakikatnya bahawa kuasa berkongsi itu amatlah besar. So, lepas ni, jangan malu dan segan untuk berkongsi sebarang ilmu atau pendapat atau apa saje dengan saudara- saudara tuanhamba.
Pernahkan tuanhamba Berjaya tanpa bantuan sesiapa?? Hamba yakin 150% bahawa jawapannya tidak. Hamba begitu yakin kerana tanpa prinsip yang ke-5 ini tuanhamba tidak akan Berjaya, Iaitu the power of TEAMWORK. Kuasa bekerjasama dan bantu-membantu amat memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan kita pada hari ini. Hamba yakin bahawa tuanhamba juga bersetuju dengan prinsip ini.. cuba tuanhamba sebutkan apakah kejayaan yang tuanhamba telah capai tanpa bantuan ataupun keterlibatan orang lain samada secara langsung atau tak langsung. Hamba yakin tentu tiada bukan. Jadi sentiasalah berterima kasih dengan orang di sekeliling kita. Ini hamba amati melalui pengalaman kehidupan hamba sehari- hari. Baru- baru ini hamba mendapat panggilan temuduga untuk jawatan pegawai. Tapi surat panggilan temuduga telah sampai lewat iaitu pada hari temuduga tersebut. Disini keterlibatan adik hamba yang bagitau hamba perihal surat tersebut. So, hamba tanpa membuang masa terus call jabatan tersebut dan bagitau perihal surat tersebut yang sampai lewat. Dengam bantuan dan kerjasama dari jabatan tersebut hamba dapat menghadiri temuduga tersebut pada hari yang lain. Temuduga tersebut diadakan di Terengganu, dan hamba tinggal di Kelantan. Bantuan dari abang hamba yang sudi cuti kerja semata-mata nak hantar hambar pergi interview tak dapat hamba lupakan. Selain itu ramai lagi orang yang banyak memberi kerjasama kepada hamba yang kalau hamba nak ceritakan semua, rasanya sampai esok pon x abis..anyway, Kerjasama dari mereka semua yang menentukan kejayaan hamba pada hari ini. Terima kasih semua atas kerjasama yang diberikan.. jasamu dikenang. Jadi, cuba tuanhamba semua fikir-fikirkan setiap kejayaan yang tuanhamba capai, siapakah yang terlibat dan cuba bayangkan tanpa mereka dapatkah tuanhamba mencapai kejayaan tersebut.
Hamba rasa sekadar ini saje coretan hamba untuk post kali ni..harap maaf jika ada tersalah bahasa atau terasa. Hamba sekadar berkongsi ceritera sahaja. Harap menjadi panduan dan peringatan serta memberi manfaat kepada semua.. Jumpa lagi dilain ketika!!
Sunday, January 8, 2012
~post 2~
::.Assalamualaikum.::
Selamat pagi kepada semua!! Hari ini hamba kembali untuk tunaikan janji hamba kepada tuanhamba semua. Hamba berharap post ini memberi manfaat dan jalan kepada tuanhamba semua bagaimana nak jadi KAYA, BERJAYA dan BAHAGIA.
Semalam hamba dah kongsikan the power of gratitude ataupun bersyukur .
Prinsip bagaimana nak jadi KAYA, BERJAYA & BAHAGIA yang kedua ialah the power of FOCUS/ MIND. Percaya atau tidak, minda kita mempunyai kuasa yang amat kuat untuk menentukan kejayaan kita samada kita sedar atau tidak Jika, tuanhamba fokuskan dengan apa yang tuanhamba inginkan maka minda akan menerima arahan bahawa tuanhamba memberi arahan untuk mencapai keinginan tersebut dan tuanhamba betul-betul menginginkannya. Jadi amat penting disini mempunyai fikiran yang positif. Fokuskan perkara-perkara yang positif sahaja. Sebut perkataan-perkataan yang positif sahaja. Elakkan menggunakan perkataan “tidak, jangan, tapi” dan lain-lain perkataan negatif. Jika tuanhamba seorang yang pemarah dan ingin berubah., tuanhamba boleh tuliskan “saya seorang yang pemaaf/saya mesti jadi seorang yang pemaaf/saya pasti saya seorang yang pemaaf” dengan berfikir sedemikian maka tuanhamba telah memberi arahan kepada minda untuk menjadi seorang yang pemaaf kerana sewaktu melafazkan ataupun menuliskan perkataan tersebut tuanhamba mengambarkan tuanhamba sebagai seorang yang pemaaf.. Sebaliknya jika tuanhamba menggunakan perkatan jangan atau tidak, contohnya “saya bukan seorang yang pemarah, saya tidak bersikap pemarah” maka minda akan tersalah menerima arahan kerana minda kita tidak menerima perkataan -perkataan negative. Selain itu, sewaktu melafazkan perkataan tersebut, tuanhamba sedang memikirkan tuanhamba seorang yang pemarah.
The power of DREAM ataupun impian ialah prinsip yang ke tiga untuk menjadi KAYA, BERJAYA dan BAHAGIA. Hamba ada membaca buku membina imaginasi cemerlang karya HM Tuah Iskandar, bahawa minda kita terbahagi kepada 2 bahagian iaitu minda sedar dan minda luar sedar atau dalam bahasa saitifiknya conscious and unconscious mind. Minda sedar dan minda luar sedar berhubung antara satu sama lain. Jadi kalau tuanhamba inginkan sesuatu cuba tuanhamba semua khayalkan ataupun bayangkan impian dan cita-cita tuanhamba.jika tuanhamba menginginkan sebuah rumah yang mewah, cuba tuanhamba bayangkan sebuah rumah mewah dengan kolam renang dan perabot-perabot yang mewah. Tak salah berkhayal tapi jangan lah keterlaluan. Selepas tuanhamba khayalkan impian tersebut tuanhamba tuliskan dan tampal gambar - gambar rumah yang tuanhamba impikan tue. Dengan berbuat begitu minda sedar akan memberi arahan kepada minda luar sedar untuk mencari jalan bagi mencapai target ataupun impian tuanhamba. Itulah kuasa minda kita yang dikurniakan oleh Allah. So, sebagai hamba Allah kita kena menggunakan nikmat akal yang diberikan dengan sebaik mungkin sebagai salah satu cara kita bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan. Jika tuanhamba ingin mengetahui dengan lebih lanjut lagi mengenai kuasa minda tuanhamba bolehlah membaca buku HM Tuah>>Membina imaginasi cemerlang.<<.
Subscribe to:
Posts (Atom)